LONDON: Rakyat Britain diberi amaran supaya berwaspada dengan 'hujan darah' ketika satu lagi ribut diramalkan melanda negara itu bermula Isnin.
Ramalan itu dibuat Nick Finnis di Netweather selepas Ribut Pierrick yang membawa kepulan awan tebal dan angin kencang berkelajuan sehingga 128 kilometer sejam ke utara Perancis pada minggu ini.
"Pierrick boleh menyebabkan taburan habuk atau zarah berwarna merah pada harta benda penduduk. Fenomena itu juga boleh menyebabkan hujan dalam warna kecoklatan yang biasanya dibawa dari Sahara.
"Kami seperti 'dihukum Tuhan cuaca' kerana muncul lagi ancaman ribut baharu selepas Kathleen," ujarnya sambil menambah penduduk perlu bersiap sedia menghadapi cuaca buruk untuk tempoh beberapa hari akan datang.
Pejabat Met juga memberitahu orang ramai supaya tidak terkejut apabila melihat 'hujan darah' berikutan sistem tekanan rendah boleh menyebabkan keadaan bercampur aduk.
"Jika anda melihat tingkap rumah anda kotor selepas hujan, sudah semestinya ia disebabkan mendapan habuk Sahara," kata peramal cuaca, Marco Petagna.
Difahamkan, Kathleen yang melanda selama beberapa hari dijangka 'bergerak keluar' dari negara itu dan akan 'diambil alih' oleh Pierrick. - Agensi
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 09 2024
Hujan lebat dijangka melanda Britain pada minggu ini. - Foto Agensi
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Kira-kira RM4 juta disalur kepada petani di Melaka tahun ini
Kira-kira RM4 juta disalurkan kepada petani di Melaka tahun ini menerusi penyerahan insentif pembangunan negeri dan Persekutuan kepada peserta yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian.
KDN FC mahu bermain secara terbuka, kurangkan kesilapan bertemu TFC
Park Jaehong akan memastikan pemainnya bermain secara terbuka supaya jaringan dapat dilakukan ketika menentang TFC esok.
Giatkan industri peIancongan, tarik rakyat Hong Kong ke Malaysia - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan pertemuannya dengan Ketua Eksekutif HKSAR, John Lee Ka-Chin amat berjaya dalam mencapai persefahaman dalam pelbagai bidang.
Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia dalam pendidikan tinggi
Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
China, AS mahu tingkatkan lagi kerjasama pelancongan
Dialog Peringkat Tinggi Pelancongan China-Amerika Syarikat (AS) ke-14 yang bertemakan "Sektor Pelancongan Penggalak Pertukaran Sosiobudaya China-AS" dirasmikan di bandar Xi'an.
Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini
Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi.
AWANI 7:45 [23/05/2024] - PM pertahan pertemuan | 'orang tengah' rasuah penguat kuasa | Anak MB Perlis didakwa | Lagi kes keganasan bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
- PM pertahan perjumpaan dengan Hamas, cari jalan bantu Gaza
- Siasatan SPRM, anggota kastam jaga kargo KLIA disogok, ketirisan RM2 bilion
- Video tular kes simbah asid sah libatkan Faisal Halim, bahan bukti polis
- India dilanda cuaca panas cecah 48 darjah celsius, Shah Rukh Khan kena strok haba
- PM pertahan perjumpaan dengan Hamas, cari jalan bantu Gaza
- Siasatan SPRM, anggota kastam jaga kargo KLIA disogok, ketirisan RM2 bilion
- Video tular kes simbah asid sah libatkan Faisal Halim, bahan bukti polis
- India dilanda cuaca panas cecah 48 darjah celsius, Shah Rukh Khan kena strok haba
Juruterbang SQ321 menjadi wira, tonjol kepentingan tali pinggang keselamatan
Juruterbang SIngapore Airlines adalah wira sebenar SQ321 selepas tindakan pantasnya menyelamatkan 228 orang di dalam pesawat.
Britain diancam 'hujan darah'
Rakyat Britain diberi amaran supaya berwaspada dengan 'hujan darah' ketika satu lagi ribut diramalkan melanda negara itu bermula Isnin.
Mahkamah ketepi hukuman penjara sebulan ke atas bekas penimbang tara
Atas kesalahahan menipu pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA), sembilan tahun lepas.